Op Benteng berkas 29 individu di Perlis

Surina Saad
Surina Saad
A
A
A

KANGAR - Polis menahan 29 warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) di sekitar Perlis menerusi Op Benteng yang dilakukan sejak 4 Jun lalu.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, siasatan mendapati suspek dipercayai berperanan sebagai tekong darat dan tekong laut.

"Polis juga sedang mengesan jika ada individu lain yang terlibat," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Pada 10 Jun lalu, media tempatan melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan agensi penguat kuasa lain melaksanakan Op Benteng secara besar-besaran di seluruh negara bagi memburu tekong serta anggota sindiket berhubung pendatang asing tanpa izin (PATI).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihak berkuasa berjaya menahan ratusan tekong darat, ejen, 'transporter' (pengangkut) dan pemilik premis 'penampungan' (rumah yang menempatkan PATI).

Op Benteng diaktifkan sejak Mei lalui bawah National Task Force (NTF) dengan kerjasama ATM, PDRM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Kementerian Kesihatan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia.

Ops Benteng dilaksanakan secara bersepadu bagi mengekang jenayah rentas sempadan serta menyekat penularan wabak Covid-19.

Artikel Berkaitan: