Perak sedia kit galak tanam sayur, buah

Ahmad Faizal (kanan) menyediakan inisiatif menggalakkan orang ramai bercucuk tanam di rumah.
Ahmad Faizal (kanan) menyediakan inisiatif menggalakkan orang ramai bercucuk tanam di rumah.
A
A
A

IPOH - Kerajaan Perak memperuntukkan RM790,000 dalam menyediakan kit Pakej Bumi Hijau untuk manfaat kepada 11,081 isi rumah sebagai usaha memperkasakan aktiviti pertanian komuniti.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, inisiatif itu bertujuan untuk menggalakkan masyarakat menanam sendiri sayur-sayuran dan buah-buahan di halaman rumah.

“Usaha ini dapat mencetuskan lalu menyemai kecintaan masyarakat terhadap bidang pertanian bermula dengan mengusahakan ‘Kitchen garden’ atau taman sayur di halaman masing-masing.

“Ini bukan sahaja membantu menghijaukan bumi kita malah ia juga memberi pulangan untuk mengurangkan perbelanjaan dapur dan seterusnya menurunkan kos sara hidup," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Bumi Hijau Negeri Perak di Pejabat Menteri Besar Perak di sini hari ini.

Hadir sama, Exco Pertanian, Perikanan, Perladangan dan Sekuriti Makanan negeri, Datuk Abdul Yunus Jamahri dan Pengarah Pertanian negeri, Nor Siyenti Othman.

Ahmad Faizal berkata, kit Pakej Bumi Hijau yang mengandungi biji benih buah-buahan dan sayur-sayuran bernilai lebih RM70.

“Orang ramai sudah boleh mula memohon kit pakej itu dan kita akan sampaikan kepada Pejabat ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) untuk diberikan kepada komuniti.

Artikel Berkaitan:

“Pada masa yang sama, orang ramai juga boleh menghubungi melalui laman web Jabatan Pertanian negeri,” katanya.