Tabung Prihatin Covid-19 kutip RM248,800

MAIS menyampaikan bantuan kepada tujuh sekolah tahfiz, institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta, rumah anak yatim yang terjejas dan 100 keluarga yang terputus bekalan makanan.
MAIS menyampaikan bantuan kepada tujuh sekolah tahfiz, institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta, rumah anak yatim yang terjejas dan 100 keluarga yang terputus bekalan makanan.
A
A
A

SHAH ALAM - Tabung Prihatin Covid-19 Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ditutup secara rasmi pada 16 Jun dengan kutipan keseluruhan mencecah RM248,800.

Setiausaha MAIS, Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata, tabung dilancarkan pada 20 Mac lalu itu adalah medium kepada orang awam untuk menyumbang dana kepada barisan hadapan negara dan mereka yang memerlukan.

Menurutnya, kutipan itu antara lain untuk menyalurkan bantuan makanan kering dan peralatan perubatan kepada petugas kesihatan serta barangan keperluan am kepada pihak yang memerlukan.

"Sebanyak sembilan hospital di negeri ini, 10 pusat kesihatan daerah (PKD) dan Ibu Pejabat Polis Shah Alam mendapat manfaat daripada Tabung Prihatin Covid-19 MAIS.

"MAIS turut menyampaikan bantuan kepada tujuh sekolah tahfiz, institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta, rumah anak yatim yang terjejas dan 100 keluarga yang terputus bekalan makanan," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, turut menerima manfaat ialah peniaga kecil bukan asnaf di bawah kategori B40.

"Terima kasih kepada semua penyumbang termasuk Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dan Wakaf Selangor Muamalat (WSM) serta semua agensi dan Jabatan-Jabatan Hal Ehwal Islam di Selangor yang turut menyokong penubuhan Tabung Prihatin Covid-19 MAIS," katanya.

Terdahulu, tabung berkenaan diuruskan oleh MAIS bersama agensi dan anak syarikat MAIS iaitu Lembaga Zakat Selangor (LZS), Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS) dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Artikel Berkaitan: