X

Kindly register in order to view this article
!

Dua kes JE dikesan di Pulau Pinang

Dua kes virus JE yang dilaporkan berlaku di lokaliti Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan.
A
A

GEORGETOWN - Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mengesahkan terdapat dua kes virus Japanese Encephalitis (JE) yang dilaporkan berlaku di lokaliti Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan.

JKNPP dalam kenyataannya hari ini memaklumkan semua fasiliti kesihatan mengambil langkah waspada dan meningkatkan tahap kesiapsiagaan dalam pengesanan kes baharu JE terutama dari kawasan Sungai Bakap.

"Kedua-dua kes berkenaan dikenal pasti dari kes terakhir penyakit bawaan nyamuk ini dilaporkan di Pulau Pinang adalah pada tahun 2018.

"Kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Selatan akan melaksanakan pengesanan dari rumah ke rumah di sekitar kes dan mengenal pasti sekiranya terdapat individu yang mengalami simptom," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, antaran simptom ialah sakit kepala, tanda meningisme, pengsan, disorientasi, koma, gegaran anggota, lumpuh, kekejangan otot dan kehilangan koordinasi yang bermula 12 Mei 2020.

"Kegiatan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk culex, semburan larvasiding dan semburan kabus akan dilaksanakan di lokaliti berkenaan," katanya.

Dalam pada itu, JKNPP menasihatkan masyarakat mengambil langkah-langkah bagi menghentikan penularan penyakit JE dengan melakukan pemeriksaan dalam rumah dan kawasan sekitar bagi menghapuskan tempat pembiakan nyamuk.

Selain itu, penduduk juga boleh menjalankan gotong-royong pembersihan di kawasan rumah sendiri dan sekitar sambil mengamalkan prinsip 3S iaitu elakkan sesak, sempit serta sembang secara dekat bagi menghapuskan bekas atau tempat berpotensi pembiakan nyamuk.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!