Tidak janji bulan bintang: Tengku Zainul Hisham

Tengku Zainul Hisham
Tengku Zainul Hisham
A
A
A

PEKAN - Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) N23 Chini tidak menjanjikan bulan dan bintang sebagai strategi memenangi hati pengundi di kawasan berkenaan sepanjang tempoh kempen, sebaliknya menggunakan pendekatan melalui perkongsian idea dan serta menyalurkan maklumat mengenai cara terbaik menyelesaikan masalah dihadapi penduduk.

Sebagai ahli perniagaan dan korporat, Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin berkata, beliau lebih banyak mendekati penduduk bagi mendengar permasalahan dihadapi mereka termasuk menyantuni penduduk setempat di gugusan wilayah Felda Chini di sini, petang semalam.

Tengku Zainul Hisham berkata, selain isu penambahbaikan ekonomi dan keselesaan kawasan berniaga, beliau turut menerima aduan berkenaan perumahan generasi kedua Felda.

"Banyak aduan disampaikan kepada saya dan saya akan meneliti masalah tersebut demi untuk generasi kedua," katanya selepas mengadakan lawatan di gerai-gerai peniaga Taman Rakyat di sini.

Hari ini merupakan hari keenam kempen PRK membabitkan tiga calon bertanding bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, 4 Julai nanti.

Artikel Berkaitan: