Polis tunggu arahan panggil timbalan menteri

No Image Caption
A
A
A

CAMERON HIGHLANDS - Polis masih menunggu arahan pihak pendakwaan bagi memanggil timbalan menteri dan anggotanya yang terlibat dalam pertengkaran di Sungai Koyan.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kes itu masih dalam siasatan.

"Perkara itu masih dalam siasatan. Kita masih lagi menunggu arahan daripada timbalan pendakwaraya untuk tujuan tersebut (panggil timbalan menteri).

[ARTIKEL BERKAITAN: PH guna kenderaan kerajaan, ini jawab polis]

[ARTIKEL BERKAITAN: Ramli buat dua laporan polis]

"(Anggota polis dalam rakaman) masih bertugas lagi dan kita akan panggil apabila arahan diterima daripada timbalan pendakwaraya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pusat mengundi undi awal, Balai Polis Brinchang, hari ini.

Beliau sempat melawat pusat mengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, pagi ini.

Menurutnya, sehingga hari ini polis telah menerima 21 laporan atas pelbagai isu sejak hari penamaan calon.

Artikel Berkaitan:

Katanya, polis merujuk kes-kes tersebut kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Beliau sempat menasihatkan agar semua pihak termasuk penyokong parti tertentu agar berhemah dan mengikut undang-undang.

Beliau juga menasihatkan pengundi agar keluar awal untuk membuang undi, Sabtu ini.

Hari ini, seramai 247 anggota dan pegawai polis membuang undi awal di dua pusat mengundi, Balai Polis Brincang dan Balai Polis Sungai Koyan.