X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 28 Oktober 2021

Perlis benarkan solat Aidildha, ibadah korban

Perlis membenarkan ruang solat dan perkarangan masjid di seluruh negeri ini dibuka sepenuhnya dengan syarat ia mematuhi SOP yang ditetapkan.
A
A

KANGAR - Perlis membenarkan ruang solat dan perkarangan masjid di seluruh negeri ini dibuka sepenuhnya dengan syarat ia mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, selaku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis, bertitah demikian dalam satu kenyataan hari ini.

Manakala ibadat di surau seluruh negeri ini masih belum dibenarkan setakat ini dan masyarakat digalak melaksanakan ibadat di masjid. Namun, ibadat di surau sekolah dibenarkan.

Perlis juga membenarkan solat Aidiladha dan ibadah korban tertakluk kepada SOP yang ditetapkan, titah baginda. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!