Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Sehingga 9.15 pagi, ringgit berada pada 4.2760/2830 berbanding dolar AS daripada 4.2700/2750 semasa ditutup semalam. Foto: 123RF
Sehingga 9.15 pagi, ringgit berada pada 4.2760/2830 berbanding dolar AS daripada 4.2700/2750 semasa ditutup semalam. Foto: 123RF
A
A
A

RINGGIT rendah berbanding dolar AS dalam sesi dagangan awal hari ini berikutan sebahagian pedagang membuat keputusan untuk mengambil keuntungan, mengakhiri kenaikan unit tempatan selama dua hari berturut-turut.

Sehingga 9.15 pagi, ringgit berada pada 4.2760/2830 berbanding dolar AS daripada 4.2700/2750 semasa ditutup semalam.

Peniaga berkata, sentimen pasaran menjadi berhati-hati berikutan tanda-tanda gelombang kedua jangkitan koronavirus (Covid-19) di negara-negara Asia, yang mendorong pelabur untuk mengelak risiko dan memilih dolar US.

Ringgit, bagaimanapun, diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0703/0775 daripada 3.0744/079 dan naik berbanding yen kepada 3.9922/9998 daripada 4.0083/0141 semalam.

Unit tempatan tinggi berbanding pound kepada 5.3146/3238 daripada 5.3413/3493 dan naik berbanding euro kepada 4.8131/8218 daripada 4.8255/8329 sebelum ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: