Kerja APM bukan tangkap ular sahaja

Fazlisyah (kanan) memeriksa bot yang juga aset milik APM bagi kerja-kerja menyelamat.
Fazlisyah (kanan) memeriksa bot yang juga aset milik APM bagi kerja-kerja menyelamat.
A
A
A

SEREMBAN - Tugas Angkatan Pertahanan Awam (APM) bukan hanya menangkap ular semata-mata, malah skop kerja mereka sebenarnya lebih luas dan pelbagai.

Pengarah APM Negeri Sembilan, Leftenan Kolonel Fazlisyah Muslim berkata, pasukan itu pada dasarnya terlibat dengan kerja-kerja menyelamat nyawa orang awam.

“Kami terlibat dengan apa sahaja tugasan pasukan keselamatan lain atau yang berkaitan panggilan kecemasan 999,” katanya.

Beliau berkata, APM turut diangkat sebagai sekretariat bencana peringkat negeri dan daerah.

“Kita disediakan aset mencukupi untuk tugas menyelamat iaitu 33 kenderaan darat seperti ambulans dan lori serta 15 kenderaan air.

“Lagipun anggota kita memang dilatih mengendalikan kerja seumpama itu,”katanya.

Fazlisyah berkata, APM Negeri Sembilan membuka pengambilan seramai 600 anggota pada tahun ini yang mana setiap seorang daripada mereka layak menerima elaun.

Katanya, jumlah itu terpaksa dihadkan berikutan tahun lalu pengambilan anggota sukarelawan melepasi sasaran 14,000 iaitu 1,8712 orang.

Artikel Berkaitan: