Gangguan bekalan air di empat kawasan Wilayah Petaling

Empat kawasan di Wilayah Petaling dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan insiden paip pecah. - Foto 123RF
Empat kawasan di Wilayah Petaling dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan insiden paip pecah. - Foto 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Empat kawasan di Wilayah Petaling dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual, berikutan insiden paip pecah disebabkan pihak ketiga di tepi Lebuh Raya Besraya, berhampiran tapak Kondominium Kenwingston Avenue, Sungai Besi, di sini.

Kawasan terjejas ialah Kampung Malaysia, Desa Petaling, Salak Selatan dan Kampung Baru Salak Selatan.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, kerja pembaikan sedang giat dijalankan dan dijangka siap pada jam 8.45 pagi esok.

“Bantuan air melalui lori-lori tangki ke kawasan terlibat turut digerakkan, bagi membantu pengguna terjejas,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: