Karier Bale di Santiago Bernabeu hampiri penghujung?

Aksi Bale ketika membenam cabaran Liverpool di pentas final Liga Juara-Juara dua tahun lalu.
Aksi Bale ketika membenam cabaran Liverpool di pentas final Liga Juara-Juara dua tahun lalu.
A
A
A

GARETH Bale tidak peduli lagi statusnya dalam kesebelasan utama Real Madrid musim ini, menurut bekas pengendali Los Blancos, Jorge Valdano.

Pemain sayap Wales itu juga dilaporkan akan meninggalkan bumi Madrid pada musim panas ini, dengan sejumlah kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) dilaporkan berminat mendapatkan khidmatnya.

Gergasi liga Inggeris, Manchester United dan bekas kelabnya sebelum ini Tottenham disifatkan antara yang berminat mendapatkan pemain berusia 30 tahun itu.

Real Madrid memanjat puncak La Liga apabila melakar kemenangan 2-1 di Real Sociedad pada Ahad - tetapi tanpa kelibat Bale.

Bale tersenarai di bangku simpanan, namun tidak diturunkan Zinedine Zidane walaupun melakukan lima pertukaran sepanjang perlawanan.

Menurut Valdano, yang menguruskan Real Madrid antara 1994 hingga 1996, tindakan Zidane itu mesej jelas karier Bale di bumi Santiago Bernabeu semakin menghampiri penghujungnya.

Namun bekas pengendali berusia 64 tahun itu meragui sama ada Bale mengambil peduli dengan kekurangan minit perlawanannya.

Bercakap dengan stesen radio stesen radio Sepanyol Onda Cero, seperti yang dilaporkan oleh Mundo Deportivo, Valdano berkata: "Zidane sememangnya memerlukan semua pemainnya untuk terlibat dalam perlawanan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Tetapi tanpa Bale yang dia telah disisihkan.

"Bale pula seperti tidak terlalu peduli, pada ketika pengurus mengetahui pemain yang teruja mahu bermain."

Hubungan Bale dengan penyokong Real Madrid juga berada dalam situasi tidak harmoni sejak kebelakangan ini

Ini diburukkan lagi apabila Bale secara berterusan menerima kritikan daripada penyokong Los Blancos semasa melakukan aksi beralun di Bernabeu.

Hubungan Bale dengan penyokong Real Madrid merosot walaupun membantu kelab itu menjuarai Liga Juara-Juara empat kali, termasuk melakukan jaringan menerusi sepakan gunting menakjubkan pada aksi final menentang Liverpool dua tahun lalu

Kegagalan mempelajari bahasa Sepanyol selain siri kecederaan dan minat mendalam terhadap golf juga antara faktor kehadiran Bale kurang memberi impak.