Bot pelarian Rohingya terapung di luar Indonesia

Pelarian Rohingya menunggu di dalam bot sementara diselamatkan nelayan berhampiran Pantai Seunuddon di Aceh. - Foto Agensi
Pelarian Rohingya menunggu di dalam bot sementara diselamatkan nelayan berhampiran Pantai Seunuddon di Aceh. - Foto Agensi
A
A
A

JAKARTA - Sebuah kapal yang membawa hampir 100 individu disyaki pelarian Rohingya terapung beberapa batu di luar pantai wilayah Aceh di Indonesia hari ini selepas diselamatkan oleh nelayan.

Menurut polis, nelayan menemui kapal yang membawa kira-kira 94 orang termasuk 79 wanita dan kanak-kanak itu pada Ahad lalu.

Pegawai di pejabat imigresen di bandar Lhokseumawe berdekatan, Dicky Ronie berkata, pihak berkuasa percaya mereka ialah warga asing daripada etnik Rohingya namun siasatan masih dijalankan.

Sementara itu, badan pengurusan bencana di Aceh memaklumkan, pihak berkuasa merancang untuk membawa kapal tersebut ke darat.

Jurucakap Kementerian Luar Indonesia, Teuku Faizasyah bagaimanapun enggan mengulas lanjut. - Agensi

Artikel Berkaitan: