Majlis Komuniti Islam Sedunia sokong keputusan Arab Saudi

Majlis Komuniti Islam Sedunia menyokong keputusan Arab Saudi untuk mengadakan ibadah haji tahun ini dengan bilangan jemaah terhad. - Foto AFP
Majlis Komuniti Islam Sedunia menyokong keputusan Arab Saudi untuk mengadakan ibadah haji tahun ini dengan bilangan jemaah terhad. - Foto AFP
A
A
A

ABU DHABI - Majlis Komuniti Islam Sedunia menyokong keputusan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi untuk mengadakan ibadah haji tahun ini (1441H) dengan bilangan jemaah terhad kepada penduduk yang tinggal di negara itu.

Pengerusi majlis Dr Ali Rashid Al-Nuaimi berkata, keputusan Arab Saudi itu dianggap penting pada masa yang mencabar ini, lapor agensi berita Arab Saudi.

Beliau berkata, penting untuk melaksanakan ibadah haji di samping mematuhi langkah-langkah pencegahan serta arahan dan garis panduan yang ditetapkan pihak berkuasa untuk memastikan koronavirus (Covid-19) dapat dibendung. - Bernama

Artikel Berkaitan: