Diskaun jika jelaskan premium tanah dalam tempoh ditetapkan: Aminuddin

Aminuddin Harun
Aminuddin Harun
A
A
A

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan meluluskan diskaun premium tanah sehingga 25 peratus bagi pembangunan tanah di negeri ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, diskaun tersebut diberikan kepada pemaju atau pemohon yang menjelaskan bayaran premium sekali gus dalam tempoh 21 hari dari tarikh menerima notis kelulusan pembangunan tanah.

"Diskaun 15 peratus pula diberikan kepada pemaju atau pemohon yang menjelaskan bayaran premium sekali gus dalam tempoh 60 hari dari tarikh menerima notis kelulusan pembangunan tanah.

"Selepas kelulusan diberikan dan premium dijelaskan dalam tempoh 21 hari atau 60 hari, mereka akan terus dapat diskaun 25 peratus atau 15 peratus ini daripada penilaian oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Malaysia (JPPH),” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini hari ini.

Sementara itu, mengenai harga siling rumah bagi pemilikan warga asing, Aminuddin berkata, kerajaan negeri telah menurunkan had harga kepada RM600,000 dan ke atas bagi kediaman strata, RM1 juta dan ke atas bagi kediaman strata bertanah manakala kediaman bertanah RM1 juta dan ke atas (hanya untuk ekspatriat) berkuatkuasa hari ini.

Katanya, keputusan berkenaan dibuat selaras dengan Insentif Pelaburan dan Pembangunan di Negeri Sembilan.

Artikel Berkaitan: