Johnson & Johnson diarah bayar ganti rugi RM8.9 bilion

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

WASHINGTON - Mahkamah Amerika Syarikat (AS) mengesahkan keputusan bahawa bedak talkum yang dijual oleh Johnson & Johnson (J&J) menyebabkan kanser ovari dan memerintahkan syarikat gergasi farmasi itu membayar ganti rugi sebanyak AS$2.1 bilion (RM8.9 bilion) semalam.

Keputusan itu diumumkan selepas Mahkamah Rayuan Missouri mengurangkan lebih daripada separuh ganti rugi bernilai AS$4.4 bilion (RM18.7 bilion) yang diberikan juri kepada 22 orang plaintif pada tahun 2018.

Mahkamah bersetuju bahawa beberapa plaintif tidak perlu dimasukkan di dalam kes tersebut kerana berasal dari luar negeri.

Keputusan itu menegaskan pemberian ganti rugi oleh syarikat itu yang didakwa dengan sengaja menjual produk yang mengandungi bahan asbestos kepada pengguna.