X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Tiga kluster baharu 'muncul' hari ini

Dr Noor Hisham (kanan) pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. -Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Tiga kluster baharu koronavirus (Covid-19) dikenal pasti oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiga kluster tersebut ialah Kluster Bukit Bintang, Kluster Kondominium Hulu Langat dan Kluster Tapak Pembinaan Kuching.

Menurutnya, bagi Kluster Bukit Bintang, sebanyak 10 kes positif Covid-19 telah dilaporkan melibatkan sembilan kes warganegara Bangladesh dan satu kes rakyat tempatan.

"Tujuh daripada 10 kes positif kluster ini adalah rakan serumah kepada kes indeks," katanya pada sidang akhbar mengenai perkembangan Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Menurutnya, setakat ini, seramai 274 orang telah disaring melibatkan 203 warga asing dan 71 rakyat Malaysia.

Selain itu, Kluster Kondominium Hulu Langat dikesan mempunyai kaitan dengan kes positif Covid-19 membabitkan pelajar tahfiz pada 8 Jun lalu.

"Aktiviti pengesanan kes secara aktif telah dijalankan dan dua lagi kes positif dikesan dalam kluster ini," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, kes pertama merupakan warga asing (kes ke-5,818) yang merupakan bapa saudara angkat kepada kes indeks.

"Salah seorang rakan sekerja kepada kes ke-5,818 turut dikesan positif Covid-19 iaitu kes ke-5,894," katanya.

Sehingga hari ini, seramai 40 kontak rapat telah dikenal pasti dan disaring dengan tiga positif, 30 negatif dan tujuh masih menunggu keputusan.

Sementara itu, kluster tapak pembinaan baharu di Kuching mula dikesan apabila kes ketiga kluster iaitu kes ke-8,591 telah membuat saringan Covid-19 di

sebuah klinik swasta.

"Dia yang merupakan penyelia kepada dua pekerja warga Indonesia yang positif, turut disahkan positif Covid-19," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!