Dua gerai makanan milik warga asing disita

DBKL menyita sebuah gerai makanan milik warga asing semalam.
DBKL menyita sebuah gerai makanan milik warga asing semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita dua gerai makanan milik warga asing dalam dua serbuan dilakukan di sekitar Wangsa Maju di sini semalam.

DBKL menerusi kenyataan media memaklumkan, dua gerai berkenaan adalah gerai masakan panas dan gerai masakan nasi berlauk di Jalan Prima Setapak.

"Pemantauan dan pemeriksaan oleh DBKL mendapati dua gerai makanan berkenaan dijalankan oleh warga Indonesia dan tidak mempunyai lesen yang sah daripada DBKL.

"Tindakan menutup serta-merta dan sitaan ke atas dua gerai makanan itu dilaksanakan mengikut Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, orang ramai diminta menghubungi Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1 800 88 3255 atau terus ke Pejabat Cawangan DBKL berhampiran jika mempunyai maklumat perniagaan yang dilakukan oleh warga asing tanpa kebenaran.

Artikel Berkaitan: