Bukit Malut: Kerajaan Kedah tunggu penjelasan MKN

Muhammad Sanusi Md Nor
Muhammad Sanusi Md Nor
A
A
A

LANGKAWI - Sebarang tindakan terhadap isu penempatan di Bukit Malut di sini yang didakwa turut didiami pendatang asing tanpa izin akan ditentukan selepas mendapat penjelasan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, penempatan yang didiami masyarakat dikenali sebagai Melayu Islam Kedah (MIK) itu berada di bawah bidang kuasa MKN.

“Kerajaan negeri akan mendapatkan penjelasan segera mengenai status penempatan di Bukit Malut daripada MKN dalam tempoh terdekat, saya fikir MKN sudah ada rancangan yang belum didedahkan kepada umum,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco) Kedah di sini hari ini.

Muhammad Sanusi berkata demikian ketika diminta mengulas isu status penempatan Bukit Malut yang mendatangkan pelbagai persoalan kerana didakwa selain MIK, turut didiami pendatang asing tanpa izin. - Bernama

Artikel Berkaitan: