Menara Kuala Lumpur, Menara Alor Setar dibuka Sabtu ini

Menara Kuala Lumpur.
Menara Kuala Lumpur.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Selepas tiga bulan ditutup kepada pengunjung susulan penularan Covid-19, Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar akan kembali beroperasi bermula Sabtu ini bagi merancakkan sektor pelancongan negara.

Selain itu, tarikan-tarikan lain di bawah pengurusan Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd seperti Muzium Telekom dan Muzium Telegraf Taiping akan mula dibuka 29 Jun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd, Ainol Shaharina Sahar berkata, pembukaan itu berikutan kebenaran sektor pelancongan kembali beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

"Menara Kuala Lumpur dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi sehingga 7 malam manakala Menara Alor Setar dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam.

"Bagi Muzium Telekom dan Muzium Telegraf dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 5 petang dan akan tutup pada cuti umum," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya bersedia untuk menerima pengunjung mulai Sabtu ini dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mencegah penularan Covid-19.

Artikel Berkaitan: