Dua pengurus syarikat direman

Dua individu merupakan pengarah syarikat direman bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu kontrak promosi pengiklanan bernilai RM7 juta.
Dua individu merupakan pengarah syarikat direman bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu kontrak promosi pengiklanan bernilai RM7 juta.
A
A
A

PUTRAJAYA - Dua pengarah syarikat berusia 45 dan 31 tahun direman enam hari bagi membantu siasatan kerana disyaki terlibat mengemukakan tuntutan palsu kontrak promosi pengiklanan sebuah agensi kerajaan bernilai RM7 juta.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim bermula hari ini sehingga 29 Jun.

Difahamkan kedua-dua individu itu ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas hadir ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya memberikan keterangan kira-kira jam 11 malam semalam.

Menurut sumber, kedua-dua pengarah syarikat tersebut bersama sebuah agensi kerajaan didapati bersekongkol mengemukakan dokumen dan maklumat palsu kepada sebuah syarikat pinjaman untuk melaksanakan projek kelolaan agensi kerajaan tersebut.

Dua individu merupakan pengarah syarikat direman bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu kontrak promosi pengiklanan bernilai RM7 juta.
Dua individu merupakan pengarah syarikat direman bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu kontrak promosi pengiklanan bernilai RM7 juta.

"Siasatan masih dijalankan untuk mengesan beberapa lagi pemilik syarikat lain yang disyaki turut terlibat.

"Kedua-dua individu berkenaan sebelum ini juga pernah ditahan awal bulan ini atas kesalahan sama," kata sumber itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi Sinar harian mengesahkan tangkapan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Menurut beliau, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.