X

Kindly register in order to view this article
!

SIC fokus bantu usahawan SELDEC

Amirudin (lima dari kanan) bergambar bersama tetamu kehormat lain selepas Majlis Pelancaran Web Portal dan aplikasi SELDEC Rider di Bilik Gerakan MTES hari ini.
A
A

SHAH ALAM - Selangor Industrial Cororation (SIC) sedang mengusahakan beberapa bantuan seperti kursus keusahawanan, kemudahan pinjaman dan penambahbaikan produk khusus buat usahawan Selangor Digital E-Supply Chain (SELDEC).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, latihan dan kursus berkenaan akan diadakan secara dalam talian di beberapa kawasan terpilih bagi membimbing usahawan untuk mengembangkan perniagaan secara dalam talian.

Beliau berkata, buat masa ini, SELDEC dengan kerjasama Koperasi Hijrah sedang berusaha untuk membantu pengusaha mengembangkan perniagaan mereka menerusi fasiliti bantuan kewangan mencecah sehingga RM50,000.

"SELDEC juga tidak mengenakan caj pendaftaran kepada usahawan yang mendaftar menerusi portal mereka.

"Malah SELDEC menyediakan pelbagai kategori penjualan antaranya ruangan bagi produk segar dari laut, segar dari ladang, makanan sedia dimasak, fesyen, automotif dan lain-lain," katanya ketika Majlis Pelancaran Web Portal dan aplikasi SELDEC Rider di Bilik Gerakan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES)," hari ini.

Mengulas lanjut mengenai pelancaran itu, Amirudin berkata, pembangunan portal SELDEC telah dijalankan secara komprehensif bagi mewujudkan ekosistem perniagaan dalam talian yang lengkap di samping membolehkan pembeli mendapatkan barangan segar terus dari luar bandar.

Beliau berkata, sejak diperkenalkan pelbagai kempen telah dilancarkan bagi meningkatkan sosioekonomi luar bandar, mewujudkan peluang pekerjaan, menambah sumber pendapatan individu dan juga korporat.

"Kempen pertama yang dijalankan adalah bertujuan bagi mewujudkan peluang pekerjaan menerusi program SELDEC Rider dan sehingga kini kita mempunyai sekitar 100 penunggang yang membuat pendaftaran.

"Sambutan amat baik diterima khusus dalam kalangan belia memandangkan ramai yang terkesan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya.

Tambahnya, bagi kempen kedua, SIC membuka peluang buat usahawan di Selangor bagi mengikuti program SELDEC secara percuma.

"Sehingga kini, lebih 300 peniaga telah berdaftar terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kaum," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf