X

Kindly register in order to view this article
!

Aktor filem lucah bakal dijel 90 tahun

Ron Jeremy
A
A

LOS ANGELES - Pelakon filem lucah, Ron Jeremy didakwa merogol tiga wanita dan menyerang secara seksual seorang lagi, kata pihak pendakwa raya pada Selasa lalu.

Sebagai salah seorang nama besar dalam industri filem lucah yang pernah muncul dalam 1,700 filem dewasa, Jeremy terpalit dengan dakwaan melakukan serangan dan dilarang terlibat dalam industri tersebut dalam tempoh bertahun-tahun lamanya.

Dia didakwa berhubung empat kes yang berasingan di barat Hollywood pada tahun 2014, kata seorang peguam daerah Los Angeles dalam satu kenyataan pada Selasa lalu.

Tiga daripada empat insiden berlaku di bar yang sama antara tahun 2017 dan 2019 manakala tuduhan merogol pada tahun 2014 terjadi di sebuah rumah di kawasan kejiranan yang sama di Los Angeles.

Peguam bela Jeremy memberitahu AFP, dakwaan itu adalah serius dan menafikan semua tuduhan tersebut.

"Dia bukan perogol," kata Stuart Goldfarb.

Jika disabitkan kesalahan, Jeremy, 67, kemungkinan akan menghadapi hukuman penjara sehingga 90 tahun.

Mangsa-mangsa aktor itu berumur antara 25 hingga 46 tahun.

Satu kes berasingan pada tahun 2016 terhadapnya telah digugurkan berikutan kekurangan bukti. - AFP