Sesi pembelajaran di sekolah bermula

Dr Mah Hang Soon (dua, kiri) mendengar penerangan daripada pelajar Diploma Teknologi Automotif Muhammad Adib Ahmad Razif (kanan) mengenai membaik pulih enjin kereta semasa meninjau di bengkel kenderaan ketika tinjauan hari pertama pembukaan semula sekolah pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kolej Vokasional Ampangan hari ini.- Foto Bernama

A
A
A

SEREMBAN - Timbalan Menteri Pendidikan 1 Datuk Dr Mah Hang Soon (dua, kiri) mendengar penerangan daripada pelajar Diploma Teknologi Automotif Muhammad Adib Ahmad Razif (kanan) mengenai membaik pulih enjin kereta semasa meninjau di bengkel kenderaan ketika tinjauan hari pertama pembukaan semula sekolah pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kolej Vokasional Ampangan hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNNS) Md Fiah Md Jamin (dua, kanan) dan Pengarah Kolej Vokasional Ampangan Sarimen Sapiei (kiri).

Pembukaan semula sekolah membabitkan pelajar Tingkatan Lima dan Enam yang akan menduduki peperiksaan awam, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan peperiksaan antarabangsa yang setara.

Sebanyak 124 buah sekolah melibatkan 20,954 pelajar tingkatan lima dan enam termasuk sekolah berasrama penuh di seluruh Negeri Sembilan memulakan sesi pembelajaran hari ini. Foto Bernama

Artikel Berkaitan:
Artikel Disyorkan