PRK Chini: Semua pihak dinasihati patuh SOP

Azmi
Azmi
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihati semua pihak yang terlibat dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini supaya kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan Covid-19.

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Azmi Ghazali berkata, sekiranya semua pihak mematuhi SOP, kes jangkitan baharu dapat dielakkan.

"PRK kali ini menjadi satu sejarah kerana dilaksanakan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (KPPP) akibat pandemik Covid-19," katanya pada sidang media selepas membuat tinjauan hari pertama sekolah dibuka kembali di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pematuhan SOP dalam tempoh berkempen di PRK DUN Chini.

Dr Azmi berkata, beliau dijangka meninjau suasana kempen di Chini dan membantu berkempen untuk calon Barisan Nasional (BN) Mohd Shahrim Md Zain.

Tarikh pengundian PRK DUN Chini ditetapkan pada 4 Julai depan menyaksikan pertembungan Shahrim dan dua iaitu bekas Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Pekan, Datuk Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, dan aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli, 49.

PRK DUN Chini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, pada 6 Mei lalu akibat serangan jantung.

Beliau menjadi sebagai wakil rakyat kawasan itu sejak Pilihan Raya Umum ke-11.

Artikel Berkaitan: