10 maut kebakaran kapal di Selat Kerch

Asap kelihatan susulan kebakaran kapal di Selat Kerch, semalam. - Foto kerch.fm
Asap kelihatan susulan kebakaran kapal di Selat Kerch, semalam. - Foto kerch.fm
A
A
A

MOSCOW - RUSIA. Sepuluh orang kru kapal dilaporkan maut, sementara 14 yang lain berjaya diselamatkan susulan kebakaran dua kapal tangki di perairan Selat Kerch, berhampiran Crimea, semalam.

Kedua-dua kapal, Candy (Venice) dan Maestro, mempunyai jumlah keseluruhan 31 orang kru, 16 merupakan rakyat Turki dan 15 lagi dari India.

Menurut Kementerian Pengangkutan Rusia, kebakaran dipercayai berlaku ketika pemindahan minyak antara dua kapal terbabit.

Kru kapal dikatakan terpaksa terjun ke dalam laut bagi menyelamatkan diri daripada kebakaran tersebut. - Reuters

Artikel Berkaitan: