Anak Mat Sabu dihukum penjara lapan bulan

Ahmad Saiful Islam ketika berada di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.
Ahmad Saiful Islam ketika berada di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Anak bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan menyalahgunakan dadah di sebuah pusat hiburan di ibu negara, pada Januari tahun lalu.

Ahmad Saiful Islam Mohamad turut dikenakan dua tahun pengawasan polis serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Mat Sabu diarah bela diri

Kes anak Menteri Pertahanan dibicara Oktober depan

Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim ketika membaca keputusan penghakimannya berpuas hati bahawa keterangan tertuduh tidak disokong oleh mana-mana bukti lain dan menjadikan versi pembelaan tidak boleh dipercayai sama sekali.

Tertuduh melakukan kesalahan itu pada jam 12.30 tengah malam, 13 Jun 2019 lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya yang memperuntukkan huiuman penjara dua tahun atau denda hingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: