Polis terima 6 permohonan permit ceramah PRK DUN Chini

Abd Jalil pada sidang media di hadapan SMK Panglima Perang Kuantan di sini hari ini.
Abd Jalil pada sidang media di hadapan SMK Panglima Perang Kuantan di sini hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pahang menerima enam permohonan permit mengadakan ceramah sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Chini N23 semalam.

Ketua Polis Pahang, Datuk Abd Jalil Hassan berkata, polis mengeluarkan satu permit kepada parti yang memohon mengadakan ceramah awam membabitkan tidak lebih 250 orang pada satu-satu masa.

"Enam permit itu dipohon daripada satu parti mewakili satu calon," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan tinjauan hari pertama sesi persekolahan yang dibuka semula di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panglima Perang di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Datuk Abdul Aziz Salleh.

Abd Jalil berkata, polis turut menerima dua laporan berkaitan poster fitnah calon dan aktiviti membuat bising pada hari Penamaan Calon, 20 Jun lalu.

Menurutnya, perkara itu sedang dalam siasatan dan turut dimaklumkan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Dalam perkembangan mengenai pembukaan semula sekolah hari ini, beliau berkata, seramai 197 pegawai perhubungan berpangkat inspektor ditempatkan di 197 sekolah seluruh Pahang.

"Pada peringkat awal pemantauan akan dilakukan oleh polis setiap hari selama seminggu dan akan berkala sekali seminggu sebelum diserahkan kepada pihak pengurusan sekolah jika mematuhi prosedur operasi standard (SOP)," katanya.

Artikel Berkaitan: