X

Kindly register in order to view this article
!

Abang ipar calon Bebas meninggal dunia

Calon Bebas, Tengku Datuk Zainul Hisham dijadual menziarahi arwah abang iparnya pagi ini.
A
A

KUANTAN - [DIKEMASKINI] Abang ipar kepada Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Chini N23 Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin dilaporkan meninggal dunia pagi tadi.

Pengarah Pilihan Raya Calon, Zaidi Ahmad berkata, Allahyarham Mohamed Razali Omar meninggal dunia kira-kira jam 2.30 pagi di Hospital KPJ, Kuantan di sini.

"Allahyarham merupakan pemilik Restoran Murtabak Mawar, salah sebuah restoran murtabak yang terkenal di Pekan sejak puluhan tahun.

"Beliau dikhabarkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan buah pinggang. Jenazah dijangka dikebumikan sekitar jam 11 pagi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ketapang Hilir," katanya dalam satu kenyataan kepada media pagi ini.

Susulan berita tersebut jadual perjalanan calon Bebas itu ditangguhkan seketika pada sebelah pagi dan akan berjalan seperti biasa pada petang bagi memberi peluang untuk berziarah.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!