5 maut gempa bumi kuat di selatan Mexico

Beberapa pesakit dan kakitangan perubatan berkumpul di luar sebuah hospital berikutan gempa bumi kuat di bandar raya Mexico pada 23 Jun lalu. - Foto AFP
Beberapa pesakit dan kakitangan perubatan berkumpul di luar sebuah hospital berikutan gempa bumi kuat di bandar raya Mexico pada 23 Jun lalu. - Foto AFP
A
A
A

LIMA - Gempa bumi kuat melanda selatan Mexico pada Selasa lalu menyebabkan lima orang terbunuh.

Pusat gempa bumi dekat Crucecita di tenggara Oaxaca dan gegarannya turut dirasakan sehingga ke bandar raya Mexico mengakibatkan penduduk ketakutan dan berlari ke jalan raya.

Bandar raya itu terletak kira-kira 700km dari pusat gegaran, namun laporan awal menyatakan amaran tsunami kemudiannya ditarik balik.

"Semua kematian berlaku di Oaxaca. Seorang wanita maut delat Crucecita dan empat yang lain terkorban di bandar-bandar yang terletak 150 kilometer dari pusat kejadian," kata beberapa pegawai.

Kajian Geologi Amerika Syarikat melaporkan bahawa gempa bumi itu bermagnitud 7.4 dengan kedalaman 23km.

Perkhidmatan Seismologikal Mexico kemudian meminda semula anggaran kekuatan gempa bumi itu kepada 7.5 skala richter selepas melaporkan ia sekuat 7.1 skala ritcher.

"Adalah dipastikan ia (ukuran) 7.5. Nasib baik tidak ada kerosakan. Dalam sebarang kes, kita akan meneruskan untuk berjaga-jaga kerana mungkin ada gegaran susulan dan kita semua mesti mengambi peduli tanpa merasa bimbang," kata beberapa pegawai. - AFP

Artikel Berkaitan: