50,000 pelajar memulakan sesi persekolahan di Johor

Mazlan meninjau kedatangan dan permulaan sesi persekolahan di SMK Seri Perling, Taman Perling, Johor Bahru, hari ini.
Mazlan meninjau kedatangan dan permulaan sesi persekolahan di SMK Seri Perling, Taman Perling, Johor Bahru, hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Lebih 50,000 pelajar Tingkatan Lima dan Tingkatan Enam melibatkan 234 buah sekolah memulakan sesi persekolahan di seluruh Johor pada hari ini.

Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Negeri Johor, Mazlan Bujang berkata, semua sekolah berkenaan termasuk sekolah teknik dan asrama penuh mematuhi semua garis panduan ditetapkan Kementerian Kesihatan serta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Sesi persekolahan berjalan lancar termasuk tiada sekolah yang ditutup akibat banjir. Semua sekolah selamat kerana berada di kawasan tinggi.

"Walaupun ada sekolah yang dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS), keadaan ini tidak menjejaskan kedatangan pelajar Tingkatan Lima dan Tingkatan Empat pada hari ini," katanya.

Pemeriksaan suhu badan dilakukan terhadap pelajar yang hadir memulakan sesi persekolahan di SMK Seri Perling, Taman Perling, Johor Bahru, hari ini.
Pemeriksaan suhu badan dilakukan terhadap pelajar yang hadir memulakan sesi persekolahan di SMK Seri Perling, Taman Perling, Johor Bahru, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas meninjau pembukaan sesi persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perling, Taman Perling di sini hari ini.

Turut hadir Pemangku Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Shaharuddin Saari, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Seri Petaling, Datuk Suhaila Ahmad serta Pengetua SMK Seri Perling, Chan Wei May.

Seramai 337 pelajar Tingkatan Lima sekolah berkenaan memulakan sesi persekolahan dan secara keseluruhan sekolah berkenaan mempunyai seramai 1,807 pelajar.

Artikel Berkaitan:

Mazlan berkata, terdapat 187 pelajar mangsa banjir terdiri daripada 126 murid sekolah rendah manakala 61 pelajar sekolah menengah yang ditempatkan di PPS kawasan masing-masing.

Jelasnya, terdapat 13 buah sekolah di lima buah daerah dijadikan PPS iaitu di Muar melibatkan empat sekolah, Kluang (3), Pontian (3); Batu Pahat (2) dan Johor Bahru (1).

Sebanyak 234 buah sekolah memulakan sesi persekolahan di seluruh Johor pada hari ini.
Sebanyak 234 buah sekolah memulakan sesi persekolahan di seluruh Johor pada hari ini.