Mersing kekal daerah teraman

Cyril Edward Nuing
Cyril Edward Nuing
A
A
A

MERSING - Masyarakat di daerah ini diharap akan terus menaruh kepercayaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali gus mengekalkan rekod Mersing daerah paling aman setiap tahun.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, sepanjang tahun lalu polis Mersing melalui hasil kerjasama orang ramai berjaya menurunkan kadar jenayah 21 kes daripada 150 kes di mana pada tahun lalu 179 kes indeks dicatatkan.

Menurutnya, daripada pertuduhan kes 2018, IPD Mersing juga telah menuduh sebanyak 171 kes daripada 385 kes bersamaan 44.1 peratus.

"Kita berjaya capai Sistem Petunjuk Prestasi Utama (KPI) hampir separuh tangkapan dapat dibawa ke mahkamah dan dituduh. Kejayaan ini adalah hasil maklumat orang awam yang menyalurkan kepada pegawai dan anggota.

"Pada tahun lalu juga 205 orang ditangkap untuk kes jenayah. Jenayah pecah rumah berlaku peningkatan tujuh kes di mana sembilan kes direkod pada 2017 manakala 2018 16 kes.

"Namun kita berjaya selesaikan separuh dari kes tersebut dan tangkapan membabitkan pecah rumah adalah 33 orang yang mana berlaku apabila suspek bertindak selepas melihat 'peluang'," katanya.

Cyril berkata, IPD Mersing turut merekodkan peningkatan bagi kes rogol di mana pada 2017 enam kes direkodkan sementara 2018 sembilan kes.

Katanya, kes rogol berlaku akibat masalah sosial, suka sama suka mangsa di bawah umur namun pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengatasi masalah ini antaranya berhubung dengan pegawai perhubungan sekolah, menggerakkan komuniti polis, kerjasama polis bersama masjid dan surau.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, tambahnya, terdapat trend jenayah IPD Mersing yang berjaya diturunkan seperti samun dari sembilan kes kepada tujuh kes di mana kejadian samun dilaporkan tidak serius lebih kepada niat mengugut.

Manakala kes curi motosikal juga berjaya diturunkan dari 45 kes kepada 43 kes pada 2018.

"Kita harap masyarakat Mersing akan terus menaruh kepercayaan kepada kami 100 peratus sekali gus mengekalkan daerah ini sebagai daerah paling aman setiap tahun.

"Keamanan yang dikecapi secara tidak langsung dapat menjana lebih pendapatan dengan menarik kehadiran pelancong luar datang ke sini," katanya.