Orang asli Kampung Gantung Geriang mohon tanah adat

Tom Busu
Tom Busu
A
A
A

PEKAN - Penduduk orang asli suku Jakun di Kampung Gantung Geriang di sini meminta kerajaan Pahang mewartakan kampung tersebut sebagai tanah adat warisan mereka.

Tom Busu, 63, berkata, sebelum ini mereka tinggal jauh di dalam ladang milik Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Pahang (LKPP), namun dipindahkan ke kampung berkenaan.

Bagaimanapun katanya, dengan ketiadaan tanah hutan berhampiran rumah mereka, penduduk tidak mampu menjana pendapatan sendiri sebaliknya bergantung dengan hasil mengambil upah di kebun penduduk lain.

"Bagi saya kehidupan kami ini susah la. Kadang-kadang merempat tak ada kerja. Kami kerja tanam tembikai dan cari buah durian sahaja. Tak ada tanah nak diusahakan.

"Kemudahan asas yang terhad menyukarkan kehidupan seharian. Elektrik tak ada. Kalau ada duit saya beli diesel boleh guna generator. Kalau tak ada kami kutip biji sawit buat lampu hari malam.

"Air pun bergantung dengan telaga yang dibina sendiri oleh penduduk. Untuk air bersih ada telaga yang dibina dengan bantuan Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya.

Artikel Berkaitan: