Rumah teres jadi pusat proses ayam segar

60 ayam hidup yang diletakkan dalam reban di rumah berkenaan.
60 ayam hidup yang diletakkan dalam reban di rumah berkenaan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah rumah teres di Cheras Baru di sini yang dijadikan tempat menyimpan dan memproses ayam segar dikenakan tindakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, terdapat dua pekerja Indonesia berada di rumah berkenaan semasa pemeriksaan dijalankan penguatkuasa DBKL.

Menurutnya, semakan mendapati perniagaan dijalankan tidak mendapat kebenaran DBKL, malah pusat penyembelihan ayam dilakukan tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa.

Tempat simpanan ayam yang terdapat di rumah yang dijadikan tempat pemprosesan ayam segar di Cheras Baru.
Tempat simpanan ayam yang terdapat di rumah yang dijadikan tempat pemprosesan ayam segar di Cheras Baru.

"Pengusaha didapati mengalirkan kotoran dan darah ayam yang disembelih terus ke longkang awam selain beroperasi di lokasi tidak sesuai di zon kediaman jenis teres.

"Susulan itu, DBKL bertindak mengeluarkan notis penutupan operasi mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 Seksyen 101(1)(V) berkuatkuasa esok," katanya.

Katanya, DBKL sedang menyiasat kemungkinan pekerja warga Indonesia berkenaan merupakan pengusaha sebenar pusat pemprosesan ayam itu.

"Maklumat aktiviti itu diperoleh hasil aduan awam sebelum DBKL turun menjalankan pemeriksaan di lokasi dan mengesan 60 ayam hidup yang diletakkan dalam reban.

Artikel Berkaitan:

"Kita sedang semak pemilik rumah berkenaan bagi mengetahui pihak yang bertanggungjawab menjalankan operasi perniagaan itu," katanya.

Unit kediaman yanh dijadikan pusat pemprosesan ayam.
Unit kediaman yanh dijadikan pusat pemprosesan ayam.