Dua tokan dadah dicekup

Dadah yang dirampas dalam serbuan tersebut.
Dadah yang dirampas dalam serbuan tersebut.
A
A
A

JEMPOL - Dua lelaki dipercayai tokan dadah ditahan polis dalam serbuan dilakukan di sebuah rumah yang disyaki dijadikan lokasi pengedaran dadah di Taman Sornam di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Mohd Khairiel Mohd Arif berkata, mereka ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol dalam operasi Op Tapis di kawasan Pekan Bahau.

“Sebuah rumah yang dijadikan tempat menagih dan mengedar dadah diserbu sekitar 2.45 petang.

"Dalam serbuan dilakukan, dua tokan dadah masing-masing berusia 33 dan 39 tahun ditahan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis turut merampas sebanyak 112.10 gram dadah jenis heroin, 9.26 gram ganja dan 1 gram syabu dengan nilai rampasan RM6,168 daripada tokan tersebut.

"Polis turut merampas dua alat menghisap dadah, satu alat 'sealer' serta alat penimbang digital selain menyita sebuah kereta jenis Kia Rio yang dianggarkan bernilai RM30,000 dipercayai digunakan oleh tokan dadah tersebut dalam aktiviti mereka.

“Kedua-dua suspek juga didapati positif dadah jenis morphin dan methamphetamine selain masing-masing mempunyai rekod lampau berkaitan dadah," katanya.

Artikel Berkaitan: