800kg daun ketum dalam rumah kosong

Antara bungkusan daun ketum yang ditemui dalam sebuah rumah kosong di Jalan Kok Mok, Padang Besar, Perlis, Jumaat lalu.
Antara bungkusan daun ketum yang ditemui dalam sebuah rumah kosong di Jalan Kok Mok, Padang Besar, Perlis, Jumaat lalu.
A
A
A

PADANG BESAR - Sebuah rumah kosong di Jalan Kok Mak di sini yang dipercayai menjadi tempat pembungkusan daun ketum digempur Pasukan Gerakan Am (PGA) Jumaat lalu.

Komander Briged Utara PGA, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, serbuan menerusi Op Benteng Covid itu dijalankan kira-kira jam 2 pagi sepasukan anggota Batalion 1 PGA.

"Pemeriksaan di dalam rumah terbabit menemui sejumlah besar bungkusan plastik lut sinar mengandungi daun ketum yang berselerak di atas lantai.

"Kesemua daun ketum itu dianggarkan seberat 800 kilogram (kg) dengan nilai RM24,000," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Antara bungkusan daun ketum yang ditemui dalam sebuah rumah kosong di Jalan Kok Mok, Padang Besar, Perlis, Jumaat lalu.
Antara bungkusan daun ketum yang ditemui dalam sebuah rumah kosong di Jalan Kok Mok, Padang Besar, Perlis, Jumaat lalu.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti kegiatan di rumah terbabit.

Katanya, pihaknya percaya daun ketum itu akan diseludup ke Thailand.

"Kesemua rampasan itu telah dibawa ke Balai Polis Padang Besar untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952," katanya.