X

Kindly register in order to view this article
!

Pilihan raya Singapura 10 Julai depan

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menyampaikan ucapan berhubung Pilihan Raya Umum Singapura 2020 hari ini. - Foto Agensi
A
A

SINGAPURA - Singapura dijangka mengadakan pilihan raya pada 10 Julai depan, lapor agensi berita Straits Times hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menasihati Presiden Halimah Yacob untuk membubarkan Parlimen dan mengeluarkan Writ Pilihan Raya.

Pilihan raya itu akan memberi pemerintah baharu mandat lima tahun untuk memfokuskan kepada agenda nasional dan keputusan sukar yang harus dibuat.

"Alternatifnya adalah menunggu wabak koronavirus (Covid-19). Bagaimanapun tidak ada jaminan virus akan berakhir sebelum penggal pemerintahan ini berakhir pada April depan," kata Hsien Loong dalam satu ucapan yang disiarkan secara langsung.

Dalam satu kenyataan selepas ucapan itu, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan Presiden telah pun membubarkan Parlimen dan memutuskan Hari Penamaan Calon pada 30 Jun depan. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!