Banjir di Johor: 731 mangsa ditempatkan di PPS

Pemantauan banjir dilakukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Muar di kawasan Kampung Parit Jamil, Muar, Johor pada jam 7.30 pagi tadi.
Pemantauan banjir dilakukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Muar di kawasan Kampung Parit Jamil, Muar, Johor pada jam 7.30 pagi tadi.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di tiga daerah di Johor meningkat kepada 731 daripada 186 keluarga setakat jam 4 petang ini.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyananthan berkata, mangsa banjir dari Muar, Batu Pahat dan Pontian itu ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di sekolah-sekolah dalam daerah itu.

"Paling ramai adalah di Muar melibatkan 316 mangsa daripada 86 keluarga yang ditempatkan di PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Nawi berjumlah 18 keluarga; SK Orang Kaya Ali (14); SK Batu 18 (17); SK Parit Bulat (14) dan SK Seri Menanti (23).

"Daerah kedua tertinggi adalah di Pontian melibatkan 210 mangsa daripada 55 keluarga yang ditempatkan di PPS SK Seri Bukit Panjang (20); SK Seri Bunian (31) dan SK Kampung Melayu Raya (4)," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, di Batu Pahat pula seramai 205 mangsa daripada daripada 45 keluarga masih ditempatkan di PPS SK Peserai (19); Sekolah Agama 3 Serangkai (14) dan SK 3 Serangkai (12).

Menurut beliau, PPS di SK Seri Menanti merupakan yang terbaharu dibuka hari ini pada jam 10.15 pagi ini.

Katanya, hujan berterusan di tiga daerah itu seperti mana ramalan cuaca dikeluarkan Jabatan Meteorologi sehingga jam 1 petang tadi.

Artikel Berkaitan: