X

Kindly register in order to view this article
!

KPM tempatkan pegawai pemantau di setiap sekolah esok

Muslimin Yahya(dua,kanan) melakukan tinjauan di SMK 19 Shah Alam sebelum sesi persekoalahan bermula esok, turut serta Guru Besar SMK 19 Putri Roslawati Hashim dan beberapa orang kakitangan sekolah dan guru.
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menempatkan pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah di seluruh sekolah menengah yang akan memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi Tingkatan Lima dan Enam, esok.

Timbalan Menteri Pendidikan, Muslimin Yahaya berkata, penempatan pegawai ini akan membantu memantau sekolah bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Setiap sekolah menengah yang mempunyai pelajar Tingkatan Lima dan Enam akan mula sesi pengajaran dan pembelajaran esok dan setakat ini kesemua sekolah terlibat, melakukan persediaan teratur.

"Pegawai daripada Pejabat Pendidikan Daerah sudah diaturkan di setiap sekolah, bersama Jabatan Pendidikan Negeri, akan ada pegawai pemantau di setiap sekolah di seluruh Malaysia mulai esok," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam di sini, hari ini.

Muslimin Yahya(dua,kanan) melakukan tinjauan di SMK 19 Shah Alam sebelum sesi persekoalahan bermula esok, turut serta Guru Besar SMK 19 Putri Roslawati Hashim dan beberapa orang kakitangan sekolah dan guru.
Muslimin Yahya(dua,kanan) melakukan tinjauan di SMK 19 Shah Alam sebelum sesi persekoalahan bermula esok, turut serta Guru Besar SMK 19 Putri Roslawati Hashim dan beberapa orang kakitangan sekolah dan guru.

Menurutnya, pihak sekolah juga diberi kelonggaran untuk menilai keadaan yang boleh diubah suai selagi ia tidak melanggar SOP.

"Setiap sekolah mempunyai persekitaran berbeza yang memungkinkan ada beberapa perkara perlu dinilai semula seperti laluan keluar masuk dan beberapa perkara lain yang tidak menyentuh SOP asas dan pihak sekolah dapat menilainya bermula esok.

"Antara sebab kita mulakan pada hari esok (Rabu) bagi membolehkan pihak sekolah menilai keadaan sekolah untuk memastikan garis panduan yang Kementerian Pendidikan Malaysia sediakan dapat diikuti dan seandainya ada beberapa perkara perlu diubah, mereka dapat lihat dalam tempoh tiga hari bermula esok, dan hasil akan dapat pada hari Isnin minggu hadapan," katanya.

Menurutnya, pihaknya yakin pengurusan sekolah termasuk Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) mampu untuk melaksanakan SOP yang ditetapkan.

"Kita telah sediakan SOP dan saya yakin semua sekolah dapat melaksanakannya.

"Apa pun keutamaan kita adalah keselamatan pelajar itu sendiri, soal keselamatan pelajar adalah perkara yang amat dititikberatkan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!