Muar paling ramai mangsa banjir

Pemantauan banjir dilakukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Muar di kawasan Kampung Parit Jamil, Muar, Johor pada jam 7.30 pagi tadi.
Pemantauan banjir dilakukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Muar di kawasan Kampung Parit Jamil, Muar, Johor pada jam 7.30 pagi tadi.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di tiga daerah di Johor menyusut kepada 619 orang daripada 157 keluarga setakat jam 12 tengah hari ini.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyananthan berkata, mangsa banjir dari Muar, Batu Pahat dan Pontian itu ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) di sekolah-sekolah dalam daerah itu.

Menurutnya, daerah Muar mencatatkan jumlah mangsa banjir paling ramai melibatkan 234 orang daripada 65 keluarga.

"Seramai 20 keluarga ditempatkan di PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Nawi; SK Orang Kaya Ali (13); SK Batu 18 (18) dan SK Parit Bulat (14).

"Daerah kedua tertinggi adalah Pontian melibatkan 202 mangsa daripada 53 keluarga yang ditempatkan di PPS SK Seri Bukit Panjang (21); SK Seri Bunian (28) dan SK Kampung Melayu Raya (4)," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, di Batu Pahat pula seramai 183 mangsa daripada 39 keluarga masih ditempatkan di PPS SK Peserai (14); Sekolah Agama 3 Serangkai (13) dan SK 3 Serangkai (12).

Beliau berkata, tiada PPS yang ditutup hari ini dan pertambahan bilangan mangsa banjir hanya berlaku di Muar.

Katanya, hujan berterusan di tiga daerah itu seperti mana ramalan cuaca dikeluarkan Jabatan Meteorologi sehingga jam 1 petang tadi.

Artikel Berkaitan: