Lelaki Indonesia dicekup tinggal lebih masa

Seorang lelaki warga Indonesia ditahan Maritim selepas pemeriksaan ke atas sebuah bot di perairan Pelabuhan Klang, Klang, semalam.
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan Maritim selepas pemeriksaan ke atas sebuah bot di perairan Pelabuhan Klang, Klang, semalam.
A
A
A

KLANG - Seorang lelaki warga Indonesia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada jarak 3.9 batu nautika barat Pelabuhan Klang, di sini, semalam kerana tinggal lebih tempoh di negara ini.

Pengarah APMM Negeri Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, lelaki berusia 47 tahun itu ditahan dalam Op Benteng Laut kira-kira jam 10.50 pagi selepas pihaknya mengesan sebuah bot penumpang dari Pulau Ketam ke Pelabuhan Klang dalam keadaan mencurigakan.

"Pemeriksaan mendapati lelaki warga Indonesia terbabit melakukan kesalahan dengan menetap di negara ini melebihi tempoh waktu ditetapkan.

"Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Selangor untuk siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi Op Benteng Laut khususnya di perairan Pelabuhan Klang akan terus dikuatkuasakan bagi membendung kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Katanya, pihaknya mengalu-alukan kerjasama komuniti maritim untuk menjadi ‘mata dan telinga’ pihak berkuasa dengan menyalurkan maklumat tentang aktiviti PATI.

"Orang awam yang mempunyai maklumat perlu bekerjasama membanteras aktiviti jenayah terbabit dengan menyalurkan maklumat melalui talian 03-31769100," katanya.

Artikel Berkaitan: