PRK Chini: Kempen dekati pengundi sudah cecah 40 peratus

Wan Rosdy (tengah) bersama pemimpin BN bersarapan pagi di Restoran Taman Salaseh Paloh Hinai.
Wan Rosdy (tengah) bersama pemimpin BN bersarapan pagi di Restoran Taman Salaseh Paloh Hinai.
A
A
A

PEKAN - Program mendekati pengundi yang telah dilaksanakan bersempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini sudah mencecah 30 hingga 40 peratus.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sepanjang empat hari berkempen menyaksikan setiap lapisan penduduk hampir di setiap rumah dan jalan didekati serta disantuni oleh calon dan jentera parti.

Menurutnya, bagaimanapun BN akan terus mendekati pengundi menerusi program sepanjang masa yang disusun sehingga hari pengundian.

"Kempen masih berjalan seperti biasa dan kita semua mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Sehingga kini sudah 30 hingga 40 peratus pengundi sudah didekati.

"Kalau boleh kempen mendekati pengundi ini akan diteruskan sehingga hari pengundian dan kita juga akan meminima jentera untuk kerja berkempen seperti saranan SPR," katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Wan Rosdy (tengah,duduk kanan) bersama pemimpin BN bersarapan pagi di Restoran Taman Salaseh Paloh Hinai.
Wan Rosdy (tengah,duduk kanan) bersama pemimpin BN bersarapan pagi di Restoran Taman Salaseh Paloh Hinai.

Turut hadir sama, calon BN, Mohd Shahrim Md Zain.

Dalam pada itu, Wan Rosdy percaya bahawa BN akan menang majoriti besar pada PRK kali ini.

Artikel Berkaitan:

Katanya, keyakinan itu hasil daripada Muafakat Nasional antara BN dan Pas.

"Kalau ikutkan atas kertas kita yakin menang. Namun kita perlu turun padang untuk mendekati pengundi," katanya.