Penggangur mengaku tidak salah lakukan rompakan berkumpulan

Tertuduh (kiri) dibawa keluar dari mahkamah selepas selesai prosiding pertuduhan terhadapnya hari ini.
Tertuduh (kiri) dibawa keluar dari mahkamah selepas selesai prosiding pertuduhan terhadapnya hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, terhadap tuduhan melakukan rompak berkumpulan ke atas seorang pemuda.

Tertuduh, Wan Khairul Anwar Wan Oze, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Mahyon Talib.

Mengikut pertuduhan, Wan Khairul bersama dua yang masih bebas didakwa bersama melakukan rompakan bersenjata pada jam 10.30 malam dengan mencapai niat bersama menggunakan sebilah pisau dan rantai besi di hadapan kondominium Idaman Sutera Jalan Medan Idaman Setapak, terhadap mangsa berusia 19 tahun.

Tertuduh didakwa mengambil motosikal jenis Yamaha Y15 milik mangsa.

Pertuduhan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurliyana Mohd Jafri.

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan 13 Julai depan untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Artikel Berkaitan: