Tiru macam Fernandes...

Kehadiran Fernandes memberikan semangat baharu kepada bahagian tengah The Red Devils.
Kehadiran Fernandes memberikan semangat baharu kepada bahagian tengah The Red Devils.
A
A
A

TONGGAK muda Manchester United, Marcus Rashford dijangka berterusan dibelenggu kekecewaan dengan kelibat bekas pemain Sporting Lisbon, Bruno Fernandes di Old Trafford.

Menurut bekas tonggak Liverpool, Jamie Redknapp ini berikutan sikap pemain Portugal berusia 25 tahun itu lebih gemar melakukan percubaan berbanding melakukan hantaran kepada pemain The Red Devils lain.

Namun di sebalik itu jelas Redknapp, beliau percaya corak permainan pemain yang memperkuatkan tunjang utama The Red Devils sejak Januari lalu berkenaan akan memberi impak positif kepada pemain kelab.

"Gaya Fernandes sebenarnya akan membantu Rashford berkembang menjadi pemain yang cepat matang dan penyerang serba lengkap pada masa depan. Nasihat saya kepada mana-mana pemain tengah bercita-cita tinggi belajarlah daripada Fernandes.

"Belajar cara dia merembat bola ketika melakukan percubaan dari jarak jauh. Lihat sahaja dia bagaimana dia mencipta gerakan sebelum melakukan percubaan yang sukar dihalang.

"Ini bukan cara konvensional atau bukan kebetulan sebaliknya dilakukan dengan tujuan memperdayakan penjaga gol.

"Sebaik sahaja Fernandes mendapat bola, dia tidak melengahkan masa dan tidak melihat ke kiri serta kanan.

"Sebaliknya mencari idea bagi mencipta ruang atau setidak-tidaknya melakukan percubaan ke arah pintu gol lawan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Fernandes ketika di Estadio Jose Alvalade bersama Leoes sebelum ini dilaporkan menjaringkan 32 gol dan 18 bantuan gol.

Tambah Redknapp lagi, gaya permainan Fernandes juga mirip dengan bekas pemain Chelsea, Frank Lampard yang dilabel pemain tengah yang memiliki rekod jaringan tertinggi pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Jelasnya lagi, beliau percaya impak positif Fernandes di Old Trafford adalah hasil usaha gigih dan semangat tidak berputus asas semasa di sesi latihan.

"Ya, saya akui tindakan Fernandes akan menyebabkan jentera depan terkilan setiap kali perlawanan.

"Mungkin suatu masa ketika Rashford akan berada dalam posisi terbaik dia akan mendapat hantaran Fernandes.

“Cumanya tindakan Fernandes boleh disifatkan sebagai sesuatu yang tamak tetapi berbaloi sekiranya dengan jaringan gol tiga mata," katanya.