Hannah Yeoh beri keterangan di Bukit Aman

Hannah Yeoh bersama peguamnya Gobind Singh Deo tampil di Bukit Aman, hari ini.
Hannah Yeoh bersama peguamnya Gobind Singh Deo tampil di Bukit Aman, hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh memberi keterangan di Bukit Aman hari ini, berhubung kenyataan yang dipercayai dikeluarkan di Facebook baru-baru ini.

"Saya sudah memaklumkan bahawa kenyataan itu palsu, saya tidak pernah bercakap mengenai perkara itu dan saya dah menyatakannya pada 11 Mac lalu," katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukit Aman panggil Hannah beri keterangan

Hannah beri keterangan status Twitter Selasa ini

Menurut Hannah, beliau sudah memberikan kerjasama 100 peratus kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan mengenai perkara itu.

"Saya telah menyerahkan telefon bimbit bersama nama pengguna dan kata laluan Facebook," kata beliau.

Hannah hadir bersama peguamnya, Gobind Singh Deo dan Syahredzan Johan, kira-kira jam 10 pagi.

Beliau disiasat berhubung satu catatan sebelum ini di Facebook yang mempersoalkan status Pelan Strategi Kebangsaan Bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur di bawah Timbalan Menteri sekarang, Siti Zailah Mohd Yusoff.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Gobind memaklumkan, satu laporan polis dibuat ke atas anak guamnya itu.

"Kita akan memberi kerjasama penuh dan berharap polis dapat selesaikan kes ini secepat mungkin," katanya.

Menurutnya seorang pegawai telah merakam keterangan Hannah selama sejam.

"Segala perkara berbangkit sudah kita jawab, bagaimanapun sekiranya ada maklumat lain diperlukan kita sedia untuk tampil ke hadapan," katanya.

Dalam kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed memaklumkan pihaknya menyiasat pemilik akaun Facebook ‘Hannah Yeoh’ yang dipercayai mempunyai kecenderungan menghasut mana-mana golongan.

Siasatan itu dilaksanakan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Kes disiasat mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.