Lelaki maut kereta rempuh tepi treler

Anggota bomba membantu mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit. - Foto JBPM
Anggota bomba membantu mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit. - Foto JBPM
A
A
A

KUANTAN - Seorang lelaki maut selepas kereta dipandu terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 145 Jalan Kuantan-Segamat dekat Muadzam Shah, malam tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 8.30 malam itu, Ghazaly Shafei, 41, dari Gemas, Negeri Sembilan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu treler, Mohamad Nazri Baharuddin, 31, dari Kulai Jaya, Johor pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Kamarulzaman Jusoh@Mohamad Daud berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika treler dipandu Mohamad Nazri keluar ke jalan Kuantan-Segamat menghala ke Kuantan selepas singgah di Hentian Rehat dan Rawat Pekoti Timur.

Kereta mangsa terperosok di bawah treler dalam kemalangan berhampiran RnR Pekoti Timur, Jalan Kuantan-Segamat, Muadzam Shah, malam tadi. - Foto JBPM
Kereta mangsa terperosok di bawah treler dalam kemalangan berhampiran RnR Pekoti Timur, Jalan Kuantan-Segamat, Muadzam Shah, malam tadi. - Foto JBPM

Menurutnya, kereta Toyota Vios yang dipandu mangsa dalam perjalanan dari arah bertentangan.

"Berdasarkan siasatan, pemandu kereta dipercayai gagal mengelak treler yang keluar ke jalan utama dan terlanggar bahagian tepi hingga terperosok.

"Mangsa tersepit dalam kereta dan mengalami kecederaan parah serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum dikeluarkan dengan bantuan pihak bomba," katanya ketika dihubungi hari ini.

Artikel Berkaitan:

Kamarulzaman berkata, kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.