Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini.
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini didorong oleh kenaikan harga minyak mentah global.

Pada jam 9.18 pagi, ringgit disebut harga pada 4.2750/2850 berbanding dolar AS daripada 4.2770/2850 yang dicatatkan semalam.

Seorang peniaga berkata, harga minyak global menunjukkan tanda-tanda pemulihan berikutan pengeluaran yang lebih terhad ketika sebahagian besar negara telah membuka ekonomi masing-masing.

"Harga minyak global berpotensi untuk mencecah sehingga AS$50 setong pada akhir tahun dan sebarang kenaikan harga itu sememangnya baik untuk pendapatan minyak dan gas Malaysia," katanya.

Dalam pada itu, ringgit kebanyakannya lebih rendah berbanding kumpulan mata wang utama kecuali bagi dolar Singapura yang menyaksikan ringgit mengukuh pada 3.0621/0704 daripada 3.0657/0717 semalam.

Ringgit bagaimanapun susut berbanding yen Jepun kepada 4.0028/0133 daripada 3.9987/9080, rendah berbanding pound Britain kepada 5.3211/3344 daripada 5.3035/3151 dan turun berbanding euro kepada 4.8060/8189 daripada 4.7954/7052. - Bernama

Artikel Berkaitan: