Tangan melecur padam motosikal terbakar

Dua buah motosikal yang terbakar secara tiba-tiba di Tikam Batu malam tadi. - Foto JBPM
Dua buah motosikal yang terbakar secara tiba-tiba di Tikam Batu malam tadi. - Foto JBPM
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang lelaki melecur di tangan manakala seorang lagi cedera ringan ketika cuba memadamkan kebakaran motosikal mereka yang terbakar secara tiba-tiba di Kampung Padang Limau, Tikam Batu, malam tadi.

Kejadian jam 9.59 malam itu melibatkan dua buah motosikal jenis Yamaha Ego dan Yamaha Ego S.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, dua motosikal itu terbakar 10 peratus.

Menurutnya, ketika bomba tiba, api sudah dipadamkan oleh pemilik motosikal terbabit.

"Seorang mangsa berusia 20-an melecur di bahagian tangan manakala seorang lagi mangsa berusia 50-an hanya mengalami luka ringan.

"Kedua-dua mangsa telah diberikan rawatan awal oleh pasukan Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) Tikam Batu sebelum dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya.

Sementara itu di Alor Setar, sebuah kereta jenis Toyota Vios hangus dalam kebakaran di Taman Cengal pada jam 1.17 pagi tadi.

Artikel Berkaitan:

Sebuah kereta terbakar 90 peratus di Taman Cengal, Alor Setar awal pagi tadi. - Foto JBPM
Sebuah kereta terbakar 90 peratus di Taman Cengal, Alor Setar awal pagi tadi. - Foto JBPM

Mohamadul Ehsan berkata, kereta terbabit dianggarkan terbakar 90 peratus.

"Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadam kebakaran.

"Punca dan kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel Disyorkan