Suria KLCC lancar kempen cabutan Tiket Emas

Kaunter penebusan yang disediakan bagi kemudahan pelanggan di Suria KLCC.
Kaunter penebusan yang disediakan bagi kemudahan pelanggan di Suria KLCC.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kumpulan Suria KLCC melancarkan kempen terbesarnya tahun ini dengan memberi ganjaran hebat kepada pelanggan menerusi kempen cabutan Tiket Emas bagi setiap perbelanjaan minimum.

Menerusi kempen itu, orang ramai berpeluang pada setiap hari memenangi baucar membeli-belah apabila mereka berbelanja di Suria KLCC, Alamanda Shopping Centre dan Mesra Mall, Terengganu.

Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata, pihaknya sentiasa berusaha mencari inspirasi baru bagi memastikan setiap pelanggan mereka menikmati pengalaman hebat apabila berbelanja.

“Kali ini kami menjanjikan ganjaran yang besar untuk mereka. Dengan kempen cabutan Tiket Emas ini, kami dapat meneruskan usaha untuk sentiasa memberikan pengalaman membeli-belah terbaik kepada pelanggan atas sokongan mereka yang berterusan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Bagi menyertai kempen Tiket Emas, pelanggan hanya perlu berbelanja dengan jumlah minimum RM150 (dalam dua resit dari mana-mana kedai terpilih) ketika membeli-belah di Suria KLCC dan Mesra Mall.

Pelanggan di Alamanda pula perlu berbelanja dengan jumlah minimum RM300 (dalam dua resit dari mana-mana kedai terpilih) bagi menyertai kempen itu.

Selepas itu, pelanggan terlibat perlu membawa resit berkenaan ke kaunter pertanyaan pada hari yang sama untuk mengesahkan penerimaan resit tersebut sebelum meneruskan cabutan bertuah.

Pelanggan terlibat juga akan dibawa ke Centre Court untuk memilih beg bertuah berisi sampul yang mengandungi sama ada Tiket Emas atau Tiket Ungu bagi kempen berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Untuk sebarang keterangan lanjut, boleh layari laman www.suriaklcc.com.my, www.alamanda.com.my atau www.mesramall.com.my.