Misi menyelamat biri-biri di tebing curam

Seekor biri-biri terperangkap di tebing curam di Isle of Lewis, Scotland pada 13 Jun lalu. - Foto SPCA/ PA
Seekor biri-biri terperangkap di tebing curam di Isle of Lewis, Scotland pada 13 Jun lalu. - Foto SPCA/ PA
A
A
A

EDINBURGH - Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan Scotland (SPCA) dan Pasukan Penyelamat Pergunungan Hebrides terlibat dalam misi menyelamat seekor biri-biri yang terperangkap di tebing curam Isle of Lewis pada 13 Jun lalu.

Menurut portal berita Express & Star pada 19 Jun lalu, anggota-anggota penyelamat SCPA telah dipanggil untuk membantu haiwan tersebut yang terjatuh di lurah kecil di sebuah rumah api Butt of Lewis dan tidak boleh keluar dari kawasan tersebut.

Seorang pembantu di SPCA Maggie Adkins berkata: "Saya tahu saya tidak mampu untuk tiba ke tempat biri-biri itu kerana ia merupakan sebuah kawasan yang tidak dapat dilalui.

"Saya terpaksa menghubungi Pasukan Penyelamat Pergunungan Hebrides yang mampu untuk menyelamatkan biri-biri itu.

"Nasib baiklah biri-biri itu tidak cedera dan kami mampu menyatukan semula haiwan itu dengan ibunya selepas kejadian itu.

"Saya berterima kasih kepada Pasukan Penyelamat Pergunungan Hebrides sekali lagi, terutamanya pada waktu sukar ini dengan meningkatnya halangan berikutan sekatan perjalanan.

"Adalah sesuatu yang amat dihargai apabila pasukan itu meneruskan sokongan dan bantuan. Tanpa mereka, saya tidak mampu untuk menyelamatkan biri-biri yang terperangkap itu."

Pada bulan Mei lalu, seekor lagi biri-biri terpaksa diselamatkan kerana menghadapi masalah yang sama dari tebing tinggi di Tolsta Utara di Isle of Lewis.

Artikel Berkaitan:

Ketua Pasukan Penyelamat Pergunungan Hebrides, Charlie Greenwood berkata: "Pasukan itu bertindak balas dengan anggota yang minimum untuk menyelamat biri-biri tersebut dengan selamat.

"Ketika tiba di tempat kejadian, kami boleh memberitahu cara menyelamat itu adalah mudah. Biri-biri itu segera ditangkap dan dipindahkan," katanya. - Agensi