Pahlawan Merah tunggu arahan KAFA

Yusri
Yusri
A
A
A

KELANTAN masih belum membuat sebarang persediaan untuk menyambung semula sesi latihan selepas kerajaan memberikan kelonggaran untuk pasukan Liga Malaysia (Liga-M) menjalani latihan baru-baru ini.

Pengendali Kelantan, Yusri Che Lah berkata, beliau dan skuad The Red Warriors masih menanti kata putus daripada pengurusan pasukan sebelum kembali menjalani sesi latihan.

“Buat masa ini, kami masih menanti apa yang akan dimaklumkan oleh pihak pengurusan sebelum kami dapat menyambung dan mengetahui bila sesi latihan seterusnya.

“Kami telah berbincang melalui telefon dan masih belum dapat jawapan sebaik mungkin kerana apa yang berlaku dalam majikan (Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) itu mungkin rumit dan saya tidak tahu kesemuanya.

“Apa yang dimaklumkan kepada saya, pihak pengurusan sedang cuba cara terbaik untuk menyelesaikan masalah hutang tunggakan gaji bekas pemain selepas penarikan diri rakan penaja baru-baru ini,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Terdahulu, KAFA diarahkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) supaya menyelesaikan tunggakan gaji tiga bekas pemain import iaitu Cassio Francisco De Jesus, Bruno Lopes dan Alaeddine Bouslimi yang keseluruhannya berjumlah RM928,103.88.

Sebagai rekod, KAFA kini menanggung beban hutang terhadap Cassio mencecah RM629,620.28 manakala Lopes (RM141,103.60) dan Bouslimi yang berjumlah RM157,380.

Selain tunggakan gaji bekas pemain import, KAFA juga perlu menjelaskan tunggakan gaji bekas pemain tempatan mereka sebelum 30 Jun ini sekiranya tidak mahu dipotong mata oleh pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Yusri menyerahkan sepenuhnya keputusan kepada KAFA untuk menentukan tarikh menyambung semula latihan sambil menegaskan, pemain-pemai tidak mempunyai masalah sekiranya latihan disambung lebih lewat.

“Pada saya jika mula latihan lewat, kami tiada masalah kerana masih ada masa yang cukup panjang untuk berlatih dan menyiapkan pasukan sekiranya liga bersambung September.

“Apa yang lebih penting adalah pihak pengurusan dapat menyelesaikan dahulu masalah hutang sebelum 30 Jun ini bagi mengelakkan pasukan dikenakan hukuman,” jelasnya.